Tentang Kami
iMHome Property Management Sdn. Bhd. ialah syarikat Bumiputera yang menyediakan perkhidmatan pembinaan rumah mampu milik di atas tanah milik pelanggan di seluruh Semenanjung Malaysia. Ditubuhkan pada tahun 2016, syarikat ini kini beroperasi di Shah Alam. iMHome menawarkan 18 pakej rumah merangkumi rumah setingkat dan Semi-D, serta 5 pakej binaan khas mengikut keluasan. Dengan lebih 3600 buah rumah berjaya disiapkan pada tahun 2026, iMHome komited dalam merealisasikan rumah impian pelanggan dengan kualiti binaan yang baik dan harga berpatutan.
Ingat BRATAS, Ingat iMHome!
Hubungi Kami
Menyediakan perkhidmatan reka bentuk dan perundingan bagi merealisasikan pembangunan hartanah mampu milik kepada masyarakat.
Bertujuan menjadi sebuah syarikat hartanah yang mampu mereka bentuk, membina dan menyediakan perkhidmatan pembangunan hartanah mampu milik kepada masyarakat.
BRATAS merupakan inisiatif iMHome yang menjadi pemangkin dan pencetus kepada rakyat Malaysia yang memiliki tanah untuk membina rumah di atas tanah sendiri serta merealisasikan rumah impian mereka bersama iMHome.