Tiny House

Bukit Gambir 2 Bilik & 1 Bilik air | 20'x 25' (500sqft) 22 July 31, 2026
Laporan kemajuan ini adalah bukti usaha berterusan kami dalam memastikan setiap rumah dibina dengan kualiti terbaik.

MAJLIS PENYERAHAN KUNCI EN. ITHNIN ๐Ÿ”‘
๐Ÿ“ Bukit Gambir, Johor

Syukur Alhamdulillah, satu lagi projek berjaya disempurnakan! ๐Ÿกโœจ

Projek pembinaan 7 unit Tiny House milik En. Ithnin dan adik-beradik telah berjaya disiapkan dan diserahkan dengan jayanya kepada pemilik. Terima kasih kepada En. Ithnin sekeluarga atas kepercayaan yang diberikan kepada iMHome Property untuk merealisasikan impian memiliki kediaman yang selesa dan berkualiti.

Ketujuh-tujuh unit Tiny House ini direka dengan konsep moden, ringkas dan praktikal bagi memenuhi keperluan setiap ahli keluarga. Walaupun berkonsepkan rumah kompak, setiap unit dibina dengan susun atur ruang yang optimum serta kemasan berkualiti bagi memberikan keselesaan dan fungsi yang terbaik.

Menurut En. Ithnin:

"Alhamdulillah, kami sekeluarga amat berpuas hati dengan hasil kerja iMHome Property. Proses pembinaan berjalan lancar, rumah siap mengikut jadual dan hasilnya sangat kemas. Terima kasih kepada seluruh pasukan iMHome Property atas komitmen serta layanan yang sangat baik sepanjang pembinaan dijalankan."

Di iMHome Property, kami sentiasa komited menghasilkan rumah berkualiti dengan pemantauan rapi di setiap peringkat pembinaan. Sama ada pembinaan sebuah rumah atau projek untuk seisi keluarga, kepuasan pelanggan sentiasa menjadi keutamaan kami.

๐Ÿ  Tiny House – 7 Unit
๐Ÿ’ฅ Direka khas untuk adik-beradik sekeluarga
๐Ÿ’ฅ Reka bentuk moden & praktikal
๐Ÿ’ฅ Susun atur ruang yang optimum
๐Ÿ’ฅ Kemasan dalaman yang berkualiti
๐Ÿ’ฅ Selesa untuk didiami dan mudah diselenggara
๐Ÿ’ฅ Boleh dibina di seluruh Semenanjung Malaysia

๐Ÿ“ฉ Berminat untuk membina Tiny House idaman anda?

Miliki rumah yang direka mengikut keperluan dan gaya hidup anda sendiri.
Terus PM kami atau klik pautan di bawah untuk mendapatkan konsultasi PERCUMA ๐Ÿฅฐ