Tiny House

Kuala Lipis 2 Bilik & 1 Bilik air | 20'x 25' (500sqft) 17 September 22, 2026
Laporan kemajuan ini adalah bukti usaha berterusan kami dalam memastikan setiap rumah dibina dengan kualiti terbaik.

MAJLIS PENYERAHAN KUNCI PUAN NORLIA ๐Ÿ”‘
๐Ÿ“ Kuala Lipis, Pahang

Syukur Alhamdulillah, satu lagi projek kediaman berjaya disiapkan dengan sempurna! ๐Ÿกโœจ

Tahniah diucapkan kepada Puan Norlia atas penyerahan Tiny House yang telah siap dibina di Kuala Lipis, Pahang. Semoga kediaman baharu ini menjadi tempat yang selesa untuk berehat, berkumpul dan mencipta lebih banyak kenangan bersama keluarga.

Terima kasih kepada Puan Norlia kerana memilih iMHome Property dan memberikan kepercayaan kepada kami untuk merealisasikan kediaman yang diimpikan. โค๏ธ

Konsep Tiny House ini mengutamakan reka bentuk yang ringkas, kemas dan praktikal. Walaupun mempunyai saiz yang lebih kompak, setiap ruang dirancang dengan teliti supaya dapat digunakan dengan sebaiknya tanpa mengabaikan keselesaan.

๐Ÿ  Tiny House
๐Ÿ’ฅ Rekaan ringkas & moden
๐Ÿ’ฅ Penggunaan ruang yang optimum
๐Ÿ’ฅ Konsep praktikal & selesa
๐Ÿ’ฅ Kemasan dalaman yang berkualiti
๐Ÿ’ฅ Sesuai mengikut keperluan pemilik
๐Ÿ’ฅ Boleh dibina di seluruh Semenanjung Malaysia

Menurut Puan Norlia:

"Alhamdulillah, saya sangat berpuas hati dengan rumah yang telah siap. Rumah nampak kemas, cantik dan selesa walaupun menggunakan konsep Tiny House. Terima kasih kepada pihak iMHome Property atas kerjasama yang diberikan sepanjang proses pembinaan."

Bagi iMHome Property, setiap rumah mempunyai keistimewaan tersendiri. Kami sentiasa berusaha menghasilkan kediaman yang bukan sahaja cantik dipandang, tetapi juga praktikal dan selesa untuk didiami.

๐Ÿ“ฉ Berminat untuk membina rumah idaman anda?

Miliki kediaman yang direka berdasarkan keperluan, bajet dan gaya hidup anda sendiri.

Terus PM kami atau klik pautan di bawah untuk mendapatkan konsultasi PERCUMA ๐Ÿฅฐ