03-5545 2855 | 019-285 0774 salam.imhome@gmail.com

Lily Type B

Teluk Panglima Garang 3 Bilik & 2 Bilik air | 20'x 38' (760sqft) 35 February 24, 2026
Laporan kemajuan ini adalah bukti usaha berterusan kami dalam memastikan setiap rumah dibina dengan kualiti terbaik.

MAJLIS PENYERAHAN KUNCI PUAN ROZITA ๐Ÿ”‘
๐Ÿ“ Telok Panglima Garang, Selangor

Syukur Alhamdulillah, rumah Lily Type B milik Puan Rozita telah siap sepenuhnya dan kini sedia untuk didiami. Proses pembinaan berjalan dengan baik, tersusun dan menepati tempoh yang dirancang, hasil kerjasama erat antara pihak pelanggan dan team pembinaan ๐Ÿกโœจ

Rumah ini dibina dengan konsep yang menitikberatkan keselesaan keluarga, susun atur ruang yang praktikal serta kemasan dalaman yang kemas bagi mewujudkan suasana rumah yang selesa dan menenangkan. Setiap perincian diberi perhatian supaya hasil akhir bukan sekadar rumah, tetapi sebuah tempat untuk membina kenangan bersama keluarga tercinta.

Menurut Puan Rozita:
"Alhamdulillah saya sangat gembira dengan hasil rumah ini. Semua proses dipermudahkan dan pihak iMHome banyak membantu dari awal hingga siap. Terima kasih kerana tunaikan impian saya sekeluarga."

Pihak iMHome sentiasa komited memastikan setiap projek disiapkan dengan pemantauan rapi, kualiti kerja yang baik serta layanan profesional kepada setiap pelanggan.

Team iMHome Property memastikan setiap fasa pembinaan dipantau rapi, siap mengikut jadual serta mengekalkan kualiti kerja yang tinggi.

๐Ÿ  Rumah Lily Type B 
๐Ÿ’ฅ Reka bentuk kemas & moden
๐Ÿ’ฅ Susun atur praktikal
๐Ÿ’ฅ Kemasan dalaman berkualiti
๐Ÿ’ฅ Boleh dibina di seluruh Semenanjung Malaysia

๐Ÿ“ฉ Berminat untuk bina rumah idaman anda bersama kami?
Terus PM kami atau klik link di bawah untuk konsultasi PERCUMA ๐Ÿฅฐ